Masalah kewangan dipercayai punca Rubiah dipukul hingga mati

Masalah kewangan dipercayai punca Rubiah dipukul hingga mati

Kuala Terengganu: Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan menjadi punca seorang wanita maut dipercayai dipukul suami menggunakan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihaknya.



Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 32 tahun itu masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek ada masalah kewangan dan dia juga bebas daripada pengaruh dadah.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan cedera di kepala disebabkan objek tumpul,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang wanita maut disyaki dibunuh suaminya sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol.



Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai tukang rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. HM

Masalah kewangan dipercayai punca Rubiah dipukul hingga mati

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker