Buktikan Kalau Saya Bersekedudukan – Julia Farhana

Buktikan Kalau Saya Bersekedudukan – Julia Farhana

Walaupun berdepan dugaan di saat hari perkahwinan makin hampir namun pelakon Julia Farhana tetap kekal tenang bersama pasangan, Dr Che Muhammad Hafiz.

Tak nak perbesarkan

Menjawab dakwaan bersekedudukan dengan Hafiz sebelum bernikah, Julia menegaskan itu adalah satu fitnah besar yang dilemparkan netizen.

Aktres berumur 28 tahun itu mencabar individu yang menuduh untuk menunjukkan bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Saya tidak tahu apa-apa tentang itu dan saya tak nak komen. Sebab saya rasa perkara itu adalah satu fitnah yang sangat besar dan saya tak nak perbesarkan isu tersebut.

Saya rasa kalau ada.. keluarkan bukti. As simple as that!

Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Flagship Store Rizman Ruzaini yang diadakan di Hotel Four Seasons, baru-baru ini.

Tak ada dalam perjalanan hidup

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia berasa sedih kerana sebelum ini namanya bersih daripada kontroversi, pelakon drama Mama Papa Ekspres terima dengan berlapang dada.

Kata pemilik nama Julia Farhana Marin lagi, dia tidak boleh menghalang atau mengawal setiap spekulasi yang bertebaran.

Saya rasa itu lumrah jadi seorang selebriti dan public figure. Kita nak simpan macam mana pun peribadi, kalau terkeluar kita terima dengan terbuka.

That’s a lot dififferent comments what happening. Saya terima saja sebab saya tahu kebenaran. Jadi saya pegang dengan pendirian saya.

Apa yang orang katakan saya tak boleh nak hentikan. Saya tak boleh nak hentikan mereka buat andaian dan spekulasi sendiri. Mereka tak ada dalam perjalanan hidup saya.

Dan mereka tidak tahu apa saya lalui secara emosi atau mental. Dan mereka tidak tahu kenapa saya boleh sampai tahap untuk buat keputusan sebegini.

Jadi, untuk mereka yang di luar sana, kalau nak terus menyokong saya.. alhamdulillah. Tetapi kalau mereka rasa macam ini buatkan Julia bukan lagi sesuai untuk jadi seorang pelakon dan public figure dalam industri pun saya terima.

Sebelum ini, Julia mendedahkan dia dan Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun tidak dikongsikan tarikh hari bahagia.

Untuk rekod, Hafiz dan Lufya pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Hafiz dan Lufya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Sumber: Instagram @juliafarhanamarin

Buktikan Kalau Saya Bersekedudukan – Julia Farhana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker