Bapa rogol, liwat tiga anak

Bapa rogol, liwat tiga anak

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks terhadap tiga anaknya.

Tertuduh yang berusia 38 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas tujuh pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun.

Dia turut berdepan tiga lagi pertuduhan melakukan perhubungan seks terhadap anaknya yang berusia 12 tahun.

Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang lagi mangsa yang berusia sembilan tahun.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus, antara Februari 2022 hingga Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 377CA KK dan 377C KK berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nur Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 323/326A KK kerana mencederakan isterinya. BH

Bapa rogol, liwat tiga anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker