Bukan kurang ajar – Reen

Bukan kurang ajar – Reen

Insiden dicekik hingga hampir lemas ketika menjayakan babak dalam filem bergenre seram, Batu Syaitan cukup berbekas di hati pelakon sensasi, Reen Rahim.

Bukanlah tidak profesional atau mengada-ngada, namun, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, merasakan kekasaran itu tidak seharusnya berlaku kepada pelakon gandingan.

Jauh di sudut hati, juara program realiti, Pilih Kasih musim ketiga tidak terlintas memperbesarkan isu dicekik dan mempersoalkan cara lakonan aktor Fezrul Khan.

Namun, kata Reen, teguran diberikan kepada aktor itu sekadar menyatakan apa yang terbuku dalam hati, selain tidak mahu

“Bayangkan, saya dicengkam bahagian leher dengan kuat hingga seperti mahu pengsan.

“Tangan tergapai-gapai memegang kepala dan paha Fezrul dan mengharapkannya segera menghentikan perbuatannya itu.

“Saya menjerit secara spontan apabila babak selesai dilakukan. Saya nyatakan tidak perlulah melakukan kekasaran betul-betul hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada pelakon lain.

“Saya bersuara bukan bersikap kurang ajar atau tidak bersikap profesional ketika bekerja.

“Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Belum pernah saya mengamuk sepanjang hampir sedekad berada dalam gelanggang seni dan berlakon dengan ramai pelakon lelaki,” katanya kepada BH Online.

Selesai babak dan berehat, Reen berkata, dia menenangkan diri seketika. Dalam hati timbul rasa menyesal dengan tindakannya meninggikan suara dan mahu mohon maaf kepada Fezrul.

“Bila keadaan reda saya menghantar mesej peribadi dan video bukti menunjukkan saya benar-benar sakit ketika melakonkan babak berkenaan.

“Namun, Fezrul menafikan bertindak kasar dan menyatakan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Sejujurnya, saya mengharapkan Fezrul memberi maklum balas positif dan mengaku kesilapannya.

“Saya juga menyesal dengan tindakan meninggikan suara suara dan berhasrat mohon maaf.

“Namun, sebaliknya berlaku. Fezrul berang dengan tindakan saya dan enggan lagi bekerjasama dengan saya pada masa akan datang,” ujarnya.

Mengulas reaksi Fezrul, pelakon yang meledak populariti menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan 7 Hari Mencintaiku 3 itu berkata, dia tetap bersikap profesional dan sentiasa terbuka bekerjasama dengan Fezrul pada masa akan datang.

“Saya tetap menghabiskan baki penggambaran sehingga selesai. Saya sangat profesional ketika bekerja.

“Jika memerlukan saya dan Fezrul berlakon bersama atau promosi, saya tiada masalah. Boleh sahaja,” ujarnya sambil tersenyum.

Selain kontroversi membabitkan Fezrul, pelakon kelahiran Klang, Selangor itu juga terkait isu penampilan seksi apabila memakai seluar pendek hingga menerima komen nakal dan lucah netizen.

Mengulas perkara itu, Reen mengakui kesilapannya dan menjadikannya sebagai pengajaran.

“Saya sudah memadam gambar berkenaan selepas menerima teguran banyak pihak. Mungkin ia adalah satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati jika mahu memuat naik gambar.

“Saya akan tapis dahulu dan muat naik gambar sesuai sahaja,” ungkapnya.

Berkongsi perkembangan kerjaya seni, Reen bakal muncul dengan filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim yang menemui penonton di pawagam sejak 1 Disember lalu.

Filem terbitan D’Ayu Pictures Sdn Bhd ini turut menampilkan aktor handalan, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Alieff Irfan, Zalif Sidek, Adeline Tsen, Azri Iskandar, Vanidah Imran serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra. BH

Bukan kurang ajar – Reen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker