Shah Rukh Khan tunai umrah cetus kontroversi

Shah Rukh Khan tunai umrah cetus kontroversi

Bintang Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan yang pertama kali menunaikan umrah di Mekah kelmarin telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen di media sosial.

Pelakon berusia 57 tahun itu dilihat menunaikan umrah selepas foto-fotonya menunaikan umrah dan solat di Mekah tular dalam Instagram, Team Shah Rukh Khan dan twitter @teamsrkfc, lapor opindia.



Shah Rukh dikatakan meluangkan masa menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, Dunki di Saudi di bawah arahan sutradara, Rajkumar Hirani.

Kontroversi tercetus susulan beberapa netizen mempersoalkan kewajarannya dalam menunaikan umrah memandangkan pelakon itu beristerikan wanita Hindu dan menyimpan berhala iaitu dewa Hindu di kediamannya.

Isteri Shah Rukh, Gauri Khan atau nama sebenarnya, Gauri Chhibber pernah membuat kenyataan kepada The Siasat Daily bertarikh 6 April 2022 bahawa ‘dia menghormati agama anutan Shah Rukh namun tidak akan sesekali memeluk agama Islam’.

Shah Rukh dan Gauri berkahwin pada 25 Okt 1991 dalam majlis perkahwinan tradisi Hindu dan telah dikurniakan dua orang anak, Ayran, 25, dan Suhana, 22.



Sementara anak ketiga mereka, AbRam dilahirkan pada 2013 melalui kaedah ‘ibu tumpang’ – teknologi bioperubatan moden yang difatwakan hukum Islam sebagai haram kerana anak dikandung oleh wanita yang bukan isteri menggunakan benih lelaki atau suami iaitu Shah Rukh. MG

Shah Rukh Khan tunai umrah cetus kontroversi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker