Lans koperal tembak isteri direman 7 hari

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lans koperal tembak isteri direman 7 hari

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Lans koperal tembak isteri direman 7 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker