Rampas Cintaku pilihan rakyat Malaysia, raih lebih 100 juta tontonan digital

Rampas Cintaku pilihan rakyat Malaysia, raih lebih 100 juta tontonan digital

Drama Rampas Cintaku yang melabuhkan tayangannya di platform penstriman iQIYI baru- baru ini mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih lebih 100 juta tontonan digital.

Selaku siri original tempatan pertama keluaran peneraju penstriman Asia iQIYI, drama Rampas Cintaku itu sekali gus diangkat sebagai kandungan tempatan teratas yang sanggup dibayar oleh rakyat Malaysia.

Pengurus Negara iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, beberapa drama Melayu sudah melakar kejayaan besar di platform penstriman itu, dengan Rampas Cintaku menempa nama sebagai drama Melayu paling menguntungkan.

“Sepanjang 14 episod tayangannya, Rampas Cintaku secara konsisten mengungguli carta iQIYI Malaysia dalam kedudukan dua tempat teratas. Drama itu juga trending di platform media sosial TikTok sepanjang tempoh tayangannya.

“Kami sangat gembira apabila karya original tempatan dan Melayu pertama kami bermula dengan kukuh dan ia di luar jangkaan kami sendiri.

“Kami juga melihat bahawa rakyat Malaysia sanggup membayar untuk menonton karya tempatan premium ini. Kadar tontonan yang sangat tinggi ini jelas menunjukkan keinginan yang kukuh terhadap kandungan tempatan dengan jalan penceritaan asli yang nyata dan berbeza,” katanya.

Mengulas strategi penyusunan kandungan jenama, Dinesh berkata, ia selaras dengan komitmen mereka untuk menjadi hos kepada hiburan Asia yang digemari.

“Kami menilai perbezaan antara permainan nombor dengan pendekatan setempat apabila ia berkaitan dengan sumber cerita.

“Fokus kami adalah untuk lebih berani membawakan jalan cerita unik yang mewakili intipati komuniti tempatan yang tidak dimiliki oleh platform lain, selain mewujudkan ekosistem kandungan tempatan yang kukuh.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menambah nilai kepada cita rasa pelanggan kami yang pelbagai, pilihan hiburan dan mereka yang sanggup membayar untuk menyokong kandungan yang dulunya khusus atau percuma,” katanya.

Sehubungan itu, drama Rampas Cintaku dibarisi pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Puteri Balqis, Zarynn Min Datin Fadhilah Mansor, Aidil Aziz dan Vicha Saywho. HM

Rampas Cintaku pilihan rakyat Malaysia, raih lebih 100 juta tontonan digital


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker