Hani Fadzil tak sangka Catriona Gray beri layanan sangat baik

Hani Fadzil tak sangka Catriona Gray beri layanan sangat baik

Pengacara Hani Fadzil, 31, terharu mendapat layanan luar biasa dan pujian penonton meskipun awalnya berasa kerdil bergandingan dengan hos utama lain termasuk Miss Universe 2018, Catriona Gray, sewaktu mengacarakan Asian TV Awards 2022, di Aliw Theater, Pasay City, Manila, Filipina, semalam.

Menurut Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd Fadzil, berkongsi pentas dengan hos bernama besar dari Asia Tenggara di acara itu, satu pencapaian menakjubkan buatnya.

“Sejak saya dapat tahu digandingkan dengan mereka, memang agak berdebar dan timbul rasa diri amat kerdil. Catriona misalnya, bukan calang-calang nama dan saya membayangkan diri pasti tenggelam berdiri dengan mereka.

“Sebaliknya tanggapan saya tersasar kerana sewaktu raptai pun, kami sudah mesra dan tiada wujud langsung rasa seperti ‘tunggul’. Setiap hos terbabit masing-masing saling membantu tanpa ada yang dilebihkan.

“Berkongsi bilik persalinan dengan Catriona juga satu pengalaman hebat. Setiap masa, dia bertanya sekiranya saya okay dan demikian juga di pentas, saya sangat selesa dan rasa layak berdiri sebaris mereka,” katanya.

Selain Catriona, Hani turut bergandingan dengan beberapa hos utama lain termasuk pelakon Thailand, S Kantapong Bumrungrak, Wallace Ang (hos, pelakon, dan penyanyi Singapura), dan Enchong Dee (hos Filipina).

Menurutnya, dia juga tersentuh dengan corak sokongan diberikan warga Filipina yang hadir pada acara berprestij berkenaan. Bahkan, dia mendapat komen sangat baik daripada mereka.

“Jujur, saya ingatkan acara itu tidaklah gah mana awalnya. Memang jauh terpesong fikiran saya kerana kami disambut begitu luar biasa dan tepukan gemuruh. Saya dapat rasa sama rata dengan selebriti lain.

“Saya bersyukur dapat mengacara secara semula jadi kerana memang rindu sangat menjadi hos pentas besar. Tak sangka, banyak komen suka dengan corak pengacaraan saya pada malam itu,” katanya.

Selain Hani, antara delegasi Malaysia yang terbabit pada acara kali ini adalah penyanyi Wani Kayrie. Wani tampil membuat persembahan secara solo menyanyikan lagunya berjudul Jangan Terlepas Pandang.

Asian TV Awards mengiktiraf program-program TV serta filem terbaik dari Asia. Ia diadakan sejak 1996 dan menjadi acara tahunan penting industri hiburan rantau Asia. HM

Hani Fadzil tak sangka Catriona Gray beri layanan sangat baik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker