Jaclyn Victor juara GV9, bawa pulang RM100,000

Jaclyn Victor juara GV9, bawa pulang RM100,000

PENYANYI Jaclyn Victor menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada konsert malam kemuncak yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Mengisi tema Kemanisan Di Akhir Garisan, Jaclyn atau Jac tampil dengan persembahan mantap menerusi medley lagu It’s All Coming Back, nyanyian asal Celine Dion dan This Is Me (Keal Settle), manakala rap battle bersama VE menerusi lagu The Real Slim Shady (Eminem) serta Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Alyph).



Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan penyanyi yang popular dengan lagu Gemilang itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Sementara itu, Bob Yusof bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga dimenangi Shila Amzah dengan hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Sementara itu Tomok, VE dan Hairul Nizam pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir GV9 diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Edry Abd Halim sebagai juri jemputan.



Selain enam finalis tersebut, peserta lain yang turut beraksi dalam GV9 ialah Dina Nadzir, Fuad Rahman, Asheed Def Gab C, Tom, Pat Candy, Haida Hasnan dan kumpulan Roy Kapilla.

Pentas akhir turut dimeriahkan dengan persembahan Ramlah Ram dan Amelina.

GV9 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) setiap Ahad, jam 9 malam bermula 12 September lalu. Sinar

Jaclyn Victor juara GV9, bawa pulang RM100,000




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker