‘Biarkan saya’ – Ismail Izzani

‘Biarkan saya’ – Ismail Izzani

Penyanyi, Ismail Izzani berharap tiada pihak mencampuri urusan peribadinya ekoran kontroversi video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah pusat hiburan yang tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Ismail dalam satu hantaran di Instagram Story berkata, biarlah apa yang berlaku hanya diketahui dirinya dan keluarga selain enggan mengambil pusing terhadap kemelut yang berlaku.

“Biarkan saya. Selagi saya dan ahli keluarga tahu apa tindakan selanjutnya, itu sudah memadai.

“Katakanlah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal dengan landasan saya, sayangi tenaga anda. Selamat menjalani hari indah semua,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Dalam hantaran berasingan, Ismail memuat naik foto sedang memegang pasport seolah-olah ingin membawa diri atau pergi bercuti.

Terdahulu, Ismail enggan bertemu media selepas persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagi Habis Sini di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusannya dan penyanyi itu dilaporkan sudah pulang walaupun SFMM37 masih berlangsung.

Video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki mirip wajah Ismail merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan lehernya.

Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya.

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.

Namun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.

Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa penyanyi lagu Luar Biasa itu mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar. HM

‘Biarkan saya’ – Ismail Izzani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker