Ismail cabut lari?

Ismail cabut lari?

Penyanyi sensasi, Ismail Izzani, 22, cabut lari selepas mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dan berpelukan dengan gadis seksi di sebuah kelab hiburan tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Ismail menolak permintaan pihak media untuk ditemubual selepas mengadakan persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagi Habis Sini ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, petang tadi.



Ismail terus ‘angkat kaki’ selepas selesai membuat persembahan pertama di SFMM37 berkenaan.

Terdahulu, video kontroversi berdurasi tujuh saat menyaksikan lelaki bermirip Ismail dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.

Lelaki berkenaan juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan ‘lalok’.

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.



Namun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.

Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa penyanyi lagu Luar Biasa itu mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur, namun ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar. BH

Ismail cabut lari?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker