Adegan cium Elizabeth Tan – Jay Iswazir minta maaf

Adegan cium Elizabeth Tan – Jay Iswazir minta maaf

Pelakon, Jay Iswazir memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan babak dicium rakan gandingan, Elizabeth Tan dalam filem Abang Long Fadil 3.

Selepas mengunci mulut berhubung isu itu, Jay menjadikan perkara itu sebagai iktibar dan pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa depan.



“Mungkin ada segelintir pihak berpendapat adegan itu sebagai perkara kecil. Mungkin juga ada yang tersinggung dengan babak itu. Apa pun, saya terima dan memohon maaf kerana terlepas pandang.

“Apa yang penting adalah saya seharusnya mengambil pengajaran dan tidak terus membiarkan orang bercakap mengenai isu itu. Lebih baik saya menjauhi perkara yang boleh mengundang fitnah.

“Saya sebelum ini berdiam diri kerana tidak mahu memanaskan lagi isu yang sedia menjadi bualan hangat. Selepas sekian lama, akhirnya saya membuka mulut dan sekali lagi memohon maaf.

“Sebagai pelakon, saya menjadikan isu itu sebagai iktibar dan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar ia tidak berulang,” katanya.



Terdahulu, Elizabeth mengaku adegan bercium dengan Jay dalam filem itu dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Menurut Elizabeth, babak itu dijayakan ketika dia belum lagi berkahwin dengan suaminya, Dr Siew Jim. HM

Adegan cium Elizabeth Tan – Jay Iswazir minta maaf


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker