Netizen patut berfikiran luas – Ellie Suriaty


Kuala Lumpur: “Kalau netizen setakat menonton karya itu sebagai karya hiburan, jadi mereka tak dapat apa-apa pengajaran.”

Itu kata pelakon, Ellie Suriaty yang menerima kecaman netizen menerusi karakternya sebagai Ustazah Zaharah dalam telefilem Ayat Dari Langit.

Watak itu dikecam dalam satu babak, Ellie menjirus kaki pelakon, Adlin Aman Ramlie yang memegang watak sebagai suaminya kemudian mencium kaki Adlin.

Ellie ketika dihubungi berkata, dia sebagai penggiat seni dan pelakon memegang tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegiatan ajaran sesat menerusi karakter itu.

“Satu perkara yang saya dapati mereka mengeji dan mengutuk batang tubuh saya sebagai Ellie Suriaty sedangkan watak yang saya mainkan, sebagai Ustazah Zaharah, isteri kepada Ustaz Muiz (Adlin). Dia adalah isteri yang akur dan taksub dengan ajaran sesat suaminya.

“Kita sebagai orang seni dalam industri kreatif menjalankan tanggungjawab untuk beri kesedaran. Netizen sepatutnya berfikiran lebih luas tentang isu (ajaran sesat) yang kita bawakan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, apa yang ditampilkan dalam telefilem arahan Rashid Sibir itu adalah berdasarkan kajian mengenai kegiatan ajaran sesat yang masih lagi wujud dan aktifi di Malaysia.

“Di Malaysia, masih ramai lagi yang mengamalkan ajaran sesat. Ini adalah nanah dan onar dalam bangsa kita. Mereka inilah yang menggunakan agama untuk menyesatkan.

“Perkara ini yang patut dilihat. Kalau netizen melihat aksi saya dalam telefilem itu sebagai kotor, itulah kotornya dalam amalan ajaran sesat,” katanya.

Menurut Ellie, masyarakat sepatutnya sedar bahawa ini adalah hakikat yang berlaku dalam masyarakat.

“Ada yang ejek dan cakap, asyik-asyik nak tunjukkan iktibar. Boleh kalau kita nak berhibur, tapi sesekali, kena ada juga karya yang memberi pengajaran sebegini dan menjentik hati masyarakat.

“Ini isu yang penting untuk kita buka mata. Kenapa takut nak berdepan dengan isu yang memang berlaku?” katanya.

Ellie mengambil masa sebulan untuk membuat kajian sebelum melangkah masuk ke set penggambaran dan menjayakan karakter itu.

“Saya mengkaji mengenai aktiviti, kegiatan serta amalan ajaran sesat yang berlaku di Malaysia. Dulu, kita ada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) untuk memantau dan membanteras aktiviti ajaran sesat.

“Namun, ia ditutup ketika kerajaan sebelum ini memerintah. Jadi, saya harap masyarakat dapat membuka mata dan sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk membanteras gejala yang memesongkan ini,” katanya.

Selain Ellie dan Adlin, Ayat Dari Langit turut membariskan barisan pelakon hebat antaranya Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi. HM

Tidak Kekok Cium Kaki Dalam Telefilem, Lakonan Ellie Suriati Buat Netizen Tergamam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker