Raden Zaharatul elak kontroversi, gosip

Raden Zaharatul elak kontroversi, gosip

Pelakon baru, Raden Zaharatul, 23, yakin mampu mengawal dan menjaga dirinya daripada terpalit dengan sebarang gosip dan kontroversi yang disifatkan lumrah kehidupan seorang artis.

Raden atau nama sebenarnya Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan ketika ditemui berkata, dia memahami situasi dunia hiburan yang mana menjadi salah satu cabaran kepada artis adalah untuk menghindar gosip atau kontroversi.



“Walaupun sudah berlakon kira-kira empat tahun lalu, tapi belum pernah lagi terpalit gosip. Namun, saya tahu apabila memilih kerjaya ini, pasti tidak dapat mengelakkannya dan perlu berhati-hati.

“Sejak kecil pun, saya nampak kontroversi-kontroversi, gosip-gosip artis dan sebagainya. Cuma saya letakkan pada diri, saya boleh kawal diri, tapi tak boleh kawal orang lain punya tindakan.

“Saya jaga diri, namun jika terlepas juga dikaitkan dengan gosip atau kontroversi, saya kena jaga mental nak tahan atau tidak menghadapinya,” katanya.

Raden berkata, dia cuba tidak ‘melarikan diri’ dan berbincang dengan pengurusnya untuk menghadapi gosip atau kontroversi yang terpalit pada dirinya walaupun tanpa sengaja.



Mengulas mengenai pandangan keluarga, Raden berkata, dia sudah memberitahu ibunya lebih awal supaya tidak menghiraukan apa saja gosip yang mungkin terpalit kepadanya kerana ia lumrah seorang artis.

Raden juga memaklumkan dia tidak akan membuat perkongsian sewenang-wenangnya berimejkan seksi di Instagram seperti memakai bikini yang boleh dikecam netizen.

“Pada saya, apa yang dipakai sekarang tidak lagi di tahap seksi melampau. Tapi, mungkin pada orang lain pemakaian atas lutut saja dah nampak seksi, nampak betis pun seksi. Jadi, ia pandangan masing-masing. Cuma, untuk saya sendiri memang cara pemakaian masih ada had,” katanya.

Raden yang juga juara wanita bagi program Fit For Action di TV3 bakal muncul sebagai heroin dalam drama My Mister Blind Date untuk slot Akasia arahan Idora Abdul Rahman dan berganding dengan Hafidz Roshdi.



Hingga kini Raden sudah membintangi beberapa drama seperti Ajak Oh Ijal, Cik Sempurna, Kisah Cinta Rumi, Siapa Ramie, Suatu Hari Satu Ketika, Inspektor Babyface dan Kerana Cinta Itu Ada. HM

Raden Zaharatul elak kontroversi, gosip


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker