Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet

KUALA LUMPUR: Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyelar lima Adun Umno Sabah yang keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (GRS) serta menyamakan tindakan mereka itu seperti monyet.

Ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, Bung berkata punca Adun berpaling tadah itu kerana undang-undang antilompat parti belum dilaksanakan di Sabah.

“Ada Adun di Sabah ini suka lompat sana lompat sini macam monyet sehingga terlupa (bahawa) sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Asal jadi pengkhianat, dapat jawatan, jadi pengkhianat lompat, jadi menteri walaupun tidak layak (kerana) tidak ada pendidikan

“Sebab kerajaan negeri tidak memikirkan hala tuju dan masa depan rakyat Sabah. Mereka memikirkan bagaimana mahu mempertahankan kuasa, memperlihatkan kepada orang ramai bahawa GRS kuat,” kata Bung yang juga Pengerusi Umno Sabah.

Lima Adun yang keluar parti itu adalah Yusof Yacob (Sindumin), Jasni Daya (Pantai Dalit), Arsad Bistari (Tempasuk), Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut).

Pada Jan lalu, lima Adun itu juga enggan menjadi sebahagian kumpulan untuk menumbangkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri yang diketuai Bung dan Presiden Warisan Shafie Apdal.

Bung juga melabelkan James dan Yusof sebagai “pelompat bersiri yang melompat ke semua parti politik di negara ini”

“Saya berani jamin apabila GRS kehilangan kuasa nanti, dua orang ini akan melompat dan meninggalkan ketua menteri,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker