Syifa Melvin, Safawi Rasid naik pelamin 3 Disember?

Syifa Melvin, Safawi Rasid naik pelamin 3 Disember?

Pelakon Syifa Melvin dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid pada awal Disember depan.

Perkara tersebut menjadi buah mulut ramai selepas dikantoikan peminat menerusi rakaman video penyokong JDT menyanyikan lagu selamat pengantin baharu kepada Safawi.



Sekumpulan peminat menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai ketika menyaksikan perlawanan kelab gergasi berkenaan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad lalu.

“Selamat pengantin baharu Safawi Rasid #29,” tulis pengguna TikTok @fadly1508jb dalam sebuah video.

Dalam ruangan komen, ada peminat bertanya mengapa penonton di stadium menyanyikan lagu selamat pengantin baharu kepada Safawi dan dibalas seorang pengguna dengan berkata, pemain itu akan berkahwin dengan Syifa pada 3 Disember depan.

“Safawi nak kahwin 3 Disember dengan Syifa,” jawabnya.



Perkongsian tersebut sekali gus menarik perhatian ramai yang bertanya kepada pemilik akaun tentang kesahihan dakwaannya.

Malah ada yang mengusik Safawi dengan mengatakan, pemain itu gagal menjaringkan gol dalam perlawanan tempoh hari kerana memikirkan soal perkahwinan.

“Patutlah tadi tak gol, rupa-rupanya dia fikirkan pasal kahwin,” komen seorang pengguna.

Selepas video tersebut tular, peminat meninggalkan ucapan tahniah kepada Syifa, 28, dalam perkongsian Instagramnya.



Tidak kurang juga ada yang memuji aura pengantin baharu adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu.

“Selamat pengantin baru. Ucap awal,” komen seorang peminat.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang komen balas daripada pelakon itu terhadap semua komen dan ucapan ditinggalkan peminatnya.

Untuk info, Syifa dan Safawi menjalin hubungan istimewa sejak beberapa tahun lalu.



Hubungan mereka pernah dilanda kontroversi gara-gara Syifa dituduh kaki kikis selepas menerima beberapa hadiah mewah daripada Safawi selain dipersalahkan atas prestasi merudum pemain itu. K Online

Syifa Melvin, Safawi Rasid naik pelamin 3 Disember?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah



Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker