Sharifah Rose nak undi calon ‘hero’ atasi masalah banjir Selangor

#PRU15

Sharifah Rose nak undi calon ‘hero’ atasi masalah banjir Selangor

Pertama kali menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, pelakon Sharifah Rose, 24, mendedahkan undinya buat bakal wakil rakyat yang berjaya menyelesaikan masalah banjir di Selangor.

Bersemangat untuk buang undi pada 19 November ini bagi kerusi Parlimen Shah Alam (P108), Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira berkata, itu kriteria penting yang dilihatnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya akan undi calon yang memberi manfaat kepada anak-anak muda dan juga kawasan Selangor. Yelah, kawasan rumah saya (Seksyen 13, Shah Alam) selalu banjir.

“Jadi, saya nak cari (undi) siapa yang boleh selesaikan masalah tersebut. Kawasan rumah saya memang selalu banjir,” katanya.

Pertama kali merasai pengalaman mengundi, pelakon drama rantaian Kekasih Hati Mr Bodyguard itu mengakui gementar dan pada masa sama tidak sabar untuk membuang undi.

“Rasa bersemangat dan juga gementar sebab ini pertama kali saya akan mengundi. Tak tahu proses macam apa semua.

“Banyak lagi perihal yang saya tak pasti (clueless) tentang mengundi. Sebelum ini, kita belajar masa di sekolah dulu. Jadi, nak kena revise (kaji) kembali semua.

“Tengok manifesto calon di Instagram, YouTube dan buat research sendirilah semua,” ujarnya lagi.

Alumni UOW Malaysia Kolej Damansara Utama (KDU) itu ditemui pada sesi forum bertajuk Antara Cantik dan Bakat: Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), baru-baru ini.

Sekadar info, empat calon muka baharu bakal merebut kerusi Parlimen Shah Alam (P108) yang pernah disandang oleh parti pembangkang tiga penggal berturut-turut sejak 2008.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Hizatul Isham Abdul Jalil, Dr. Afif Bahardin (Perikatan Nasional-PN), Azli Yusof (Pakatan Harapan-PH) dan Muhammad Rafique Rashid (Gerakan Tanah Air -GTA). K Online

Sharifah Rose nak undi calon ‘hero’ atasi masalah banjir Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker