Sharifah Shahirah terima menantu sulung

Sharifah Shahirah terima menantu sulung

Tiada yang lebih menggembirakan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, 48, apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 25, selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan di sini, semalam.

Shahirah yang mesra disapa Shiera tersentuh ramai kenalan tidak menduga dirinya sudah menerima menantu hingga ada yang menitiskan air mata pada majlis itu.



“Alhamdulillah, saya teruja dan seronok apabila majlis yang dirancang awal, lancar.

“Lucunya rama kawan-kawan yang hadir menyangka yang saya akan menangis, namun, itu tidak terjadi.

” Sebaliknya, mereka pula yang mengalir air mata seolah berkongsi perasaan bagaimana suatu hari nanti terpaksa melepaskan anak kesayangan selepas berkahwin,” katanya.

Allisya ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.



Bercerita lanjut, Shiera atau nama penuh, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired memberitahu, Allisya akan mengikut suaminya, Sham berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga yang mengusahakan inap desa dan aktiviti pelancongan.

“Keluarga besan memiliki inap desa di Pulau Tioman selain menjalankan aktiviti perkhidmatan pelancong.

“Allisya beritahu dia akan menetap di Pulau Tioman selepas berkahwin.

“Menantu saya memang lahir dan dibesarkan di sana. Selain memandu bot pelancong, dia menjadi pengajar aktiviti snorkeling,” katanya.



Sebelum ini, dalam suatu temubual, Shiera meluahkan rasa teruja dan membuat persiapan awal untuk hari bahagia Allisya yang bertunang dengan Sham, Mac lalu.

Allisya pernah merakamkan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe untuk slot Akasia TV3. BH

Sharifah Shahirah terima menantu sulung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker