Ucapan Tahniah Daripada PM Kepada Suzana Dinobat Ikon Wanita Dunia Dalam Carilamat

Ucapan Tahniah Daripada PM Kepada Suzana Dinobat Ikon Wanita Dunia Dalam Carilamat

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada Komander (M) Dr Suzanna Razali Chan yang diiktiraf sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh Persekutuan Penyelamat Maritim Antarabangsa (IMRF).

Menerusi catatan di Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata, pengiktirafan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia itu menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia.

“Malah (ia turut) menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata Dr Suzanna, 40, adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij itu.

Menerusi IMRF Awards 2021, Suzanna dinobat sebagai ikon bagi kategori itu berdasarkan komitmen, kelayakan dan kepakarannya dalam bidang mencari dan menyelamat maritim (MSAR) malah, beliau juga adalah wanita pertama di rantau Asia Tenggara memenangi anugerah tersebut.

Anugerah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif IMRF, Theresa Crossley secara dalam talian menerusi Majlis Penganugerahan IMRF Awards 2021 yang berlangsung dari London, United Kingdom melalui akaun Youtube rasmi IMRF pada 14 Sept lepas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan, Suzanna dianugerahkan IMRF Awards 2021 setelah berjaya menarik perhatian IMRF menerusi pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam finalis Runner Up bagi kategori ‘Women in SAR’. – BERNAMA

Ucapan Tahniah Daripada PM Kepada Suzana Dinobat Ikon Wanita Dunia Dalam Carilamat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker