Hukum pemimpin terima wakil rakyat melompat parti

Hukum pemimpin terima wakil rakyat melompat parti

Kerajaan disyor mengambil tindakan terhadap mana-mana pimpinan tertinggi parti politik yang menerima wakil rakyat melompat ke dalam partinya.

Syor itu disuarakan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan bertukar parti di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi merealisasikan syor terbabit, katanya, Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan melarang dua keahlian boleh dipinda dengan memasukkan klausa berkaitan perkara itu.

“Saya nak menceritakan apa yang berlaku kepada rakyat selaku pengundi, siapakah sebenarnya dianiaya dan dikhianati oleh siapa? Jawapannya orang yang melompat parti tetapi tiada tindakan dikenakan pihak yang menerima individu terbabit.

“Saya ingin mencadangkan supaya Perlembagaan dipinda. Saya mohon supaya presidennya, timbalan presiden atau peringkat tertinggi yang buat keputusan untuk menerima seseorang itu dikenakan tindakan termasuk mengosongkan kerusi jika mereka adalah Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Abdul Azeez turut mengesyorkan pendaftaran parti politik yang menerima kemasukan wakil rakyat lompat dibatalkan kerana perbuatan melompat parti mengkhianati rakyat.

Katanya, syor itu penting supaya rakyat tahu siapa yang mengkhianati mereka sehingga mencemarkan sistem demokrasi negara.

“Saya cadangkan ini kerana perbuatan melompat parti adalah tindakan mengkhianati rakyat. Saya nak perbahasan ini didengari oleh rakyat bukan setakat di Dewan Rakyat.

“Apa yang berlaku hari ini, isu melompat parti menimbulkan banyak masalah. Akibat daripada kerajaan dibentuk hasil pengkhianatan, mereka mengkhianati antara satu sama lain dan akhirnya menyebabkan kestabilan politik gagal dicapai,” katanya. BH

Hukum pemimpin terima wakil rakyat melompat parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker