Shila Amzah alami anxiety kerana komen negatif netizen

Shila Amzah alami anxiety kerana komen negatif netizen

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan menghidapi masalah gangguan kebimbangan melampau atau anxiety sejak Mac lalu.

Menurutnya, antara faktor yang menjadi punca dia menghidapi masalah kesihatan tersebut seperti kepenatan dan terkesan dengan komen-komen negatif segelintir netizen.

“Masalah kebimbangan melampau ini dikesan selepas saya menjalani pemeriksaan kesihatan sekitar Mac lalu.

“Mungkin antara faktor yang membawa kepada penyakit ini ialah saya penat. Kadang-kadang nak cari komen positif kemudian terjumpa perkara negatif pun turut memberi kesan kepada emosi,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) di sini semalam.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, memberitahu dia juga mengakui masalah kesihatan tersebut turut memberi kesan kepada persembahannya di pentas GV9 pada minggu ketiga dan keempat.

“Persembahan saya pada minggu ketiga dan keempat paling teruk setakat ini.

“Mungkin secara tak langsung masalah itu menganggu emosi saya di atas pentas,” katanya lagi.

Berkongsi perihal persembahan setiap minggu, dia tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya memberi tumpuan untuk memberi persembahan terbaik.

“Setiap kali membuat persembahan, kadang-kadang apa yang kita rancang itu tidak menjadi.

“Sejujurnya apabila berada di atas pentas, saya tidak pernah mensasarkan menjadi nombor satu tetapi ingin berikan yang terbaik dan menghiburkan penonton.

“Ini termasuk kelainan yang saya boleh tonjolkan untuk minggu itu. Seboleh-bolehnya ada kelainan daripada minggu sebelum itu,” kongsinya.

Pada konsert semalam, Shila berjaya menduduki tempat kedua selepas mendendangkan lagu Tamparan Wanita duet bersama Mimi Fly. K Online

Shila Amzah alami anxiety kerana komen negatif netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker