Anak ‘you’ dah 2 tahun sayang, jumpa di syurga – Shuib

Shuib berkongsi video kenangan anaknya, Ayash Affan bersama Raja Permaisuri Agong di Instagram.

“Hari ini 6 Ogos 2023 genap Ayash Affan dua tahun. Semoga terus sihat menjadi anak soleh dunia dan akhirat.”

Demikian ucapan pelawak dan penyampai radio, Shuib buat anak bongsunya, Ayash Affan yang menyambut ulang tahun kelahiran kedua, hari ini.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkongsi ucapan tersebut menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

Ayash Affan merupakan permata keempat yang dilahirkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin sebelum meninggal dunia pada 9 Ogos 2021, akibat jangkitan Covid-19.

“Anak you (Siti Sarah) dah dua tahun sayang, bertemu nanti di syurga,” katanya.

Dalam hantaran sama, Shuib turut mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63, semalam 5 Ogos 2023.

“Semoga Allah beri kesihatan yang baik, terus diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Terus menjadi kesayangan rakyat Malaysia sampai bila-bila,” tulisnya sambil berkongsi video kenangan Baginda Tuanku yang sedang meriba Ayash Affan. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker