Komposer Wan Zul meninggal dunia

Komposer Wan Zul meninggal dunia

Kuala Terengganu: Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, jam 2.30 pagi tadi.

Pemergian pencipta lagu ‘berhantu’, Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim itu dikongsikan adik arwah, Che Wan Zuhaini, 58, menerusi Aplikasi WhatsApp.

“Saya menerima berita sedih itu daripada anak arwah jam 2.30 pagi tadi tetapi waktu yang tepat jam berapa arwah meninggal dunia saya tidak pasti.

“Saya sekarang berada di Kuantan dan akan pulang ke Kemaman pagi nanti,” katanya.

Jenayah Wan Zul akan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kijal, Kemaman, Terengganu.

Difahamkan, Allahyarham Wan Zul dimasukkan ke Hospital Kemaman sejak Ahad minggu lalu (2 Oktober) akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Allahyarham Wan Zul meninggalkan seorang balu, Tengku Siti Famah dan dua anak iaitu Che Wan Norsyikin dan Che Wan Noradli.

Arwah juga individu yang bertanggungjawab menaikkan nama kumpulan Iklim di persada seni tanah air menerusi album pertama, Satu Kesan Abadi.

Selain Suci Dalam Debu, beberapa lagu dari kumpulan Iklim ciptaan arwah terus diminati hingga kini antaranya, Aduhai Seribu Kali Sayang, Kerana Takdir dan Biografi Cinta Luka.

Lagu popular lain ciptaannya adalah Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Itulah Cintaku (Ilusi), Di Badai Asmara (Sera), Khazanah Dari Malaya (Ayati Tasrip) dan banyak lagi.

Sepanjang kariernya, Wan Zul juga pernah bertugas dengan syarikat rakaman Ambang Klasik, anak syarikat TV3. HM

Komposer Wan Zul meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker