Terowong SMART bakal dibina di Shah Alam

PUTRAJAYA – Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) bakal dibina di bandar berkepadatan tinggi seperti Shah Alam, Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia antara cadangan langkah jangka pendek dan panjang yang dikemukakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi penyelesaian masalah banjir.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang bermesyuarat pada Khamis secara dasarnya bersetuju untuk membangunkan kawasan penempatan berdaya tahan seperti ‘sponge city’ di China serta mewujudkan takungan air atau ‘kota takungan pinggir sungai’ seperti di Belanda,” katanya.



Menurutnya, penyelesaian secara komprehensif itu memerlukan peruntukan yang besar melibatkan ratusan bilion ringgit dan memakan masa yang panjang.

“Oleh itu mesyuarat bersetuju supaya kerajaan memfokuskan terhadap kawasan berisiko tinggi dan diberikan keutamaan untuk melaksanakan pelan penyelesaian masalah banjir,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terowong SMART bakal dibina di Shah Alam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker