Nasha Aziz awet muda, persis anak dara (Video)

Nasha Aziz awet muda, persis anak dara (Video)

Pelakon yang tidak dimamah usia, Nasha Aziz baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya apabila dia menjadi model untuk pertunjukan fesyen koleksi pakaian muslimah.

Menggayakan busana labuh berwarna turquoise, Nasha Aziz yang kini mencecah usia 51 tahun tampil cantik, dan wajahnya seperti tidak langsung dimamah faktor usia!

Kata netizen, Nasha seperti anak dara yang baru sahaja tamat persekolahan dan sememangnya layak digelar Primadona Nasha Aziz.

Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh akaun ini, ramai netizen tampil memuji kecantikan asli selain ada juga yang mendedahkan rahsia awet muda pelakon filem Laila Isabella ini.

Kata seorang individu, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.

Ya betul tu, umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda.

Terdahulu, Nasha memaklumkan hatinya sudah ‘disunting’ oleh seorang individu yang bukan berasal daripada industri seni. Bn

Nasha Aziz awet muda, persis anak dara (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker