Boleh disiasat jika gaji kecil tapi hidup mewah – SPRM

PUTRAJAYA: Hidup mewah walau hanya bergaji kecil. Awas, anda mungkin dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Itu amaran tegas diberikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada mana-mana penjawat awam yang hidup serba mewah walaupun hanya bergaji kecil dan gred rendah.

Azam berkata, beliau sebenarnya boleh mengarahkan pegawainya menyiasat penjawat awam berkenaan bagi meneliti sumber pendapatan yang diperoleh.

Menurutnya, keadaan itu adalah petanda besar dan kemungkinan mereka (penjawat awam) ada mengambil dan menerima rasuah.

“Mereka boleh disyaki dan saya boleh arahkan pegawai untuk menyiasat mereka. Bagaimana mereka boleh pakai kereta mewah dan rumah besar sedangkan hanya bergaji kecil? Ada kemungkinan mereka menggunakan kuasa yang ada sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan untuk menerima dan mengambil rasuah.

“Kami pernah menyiasat satu kes yang mana penjawat awam bergred 32 tapi mampu beli kereta dan rumah mewah secara tunai,” katanya pada sesi temubual Santai Oghok Potang menerusi saluran radio, Negerifm, hari ini.

Beliau turut mengingatkan ketua jabatan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan supaya memantau kakitangan mereka yang turut hidup mewah biarpun mempunyai tahap keberhutangan tinggi. – UTUSAN ONLINE

Boleh disiasat jika gaji kecil tapi hidup mewah – SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir kata Pejuang popular, tidak berhasrat untuk bekerjsama dengan parti lain dalam PRU-15

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker