Lelaki mati ditembak lapan das depan pagar rumah

Mangsa yang mati ditembak depan pagar rumahnya di Klang

KLANG – Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat oleh tiga penjenayah ketika menuju pagar rumahnya di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun maut di lokasi kejadian selepas dipercayai ditembak antara lima hingga lapan das.

Sejurus itu, kumpulan suspek turut bertindak menetak mangsa mengunakan parang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan terdengar bunyi tembakan dan melihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati mangsa sedang turun dari kereta jenis Volkswagen Passat dan menuju ke pagar rumahnya.

“Kemudian sebuah kereta jenis Nissan Almera berhenti di tepi jalan dengan tiga suspek lelaki meluru ke arah mangsa dan melepaskan lima hingga lapan das tembakan dari jarak dekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong menambah, suspek juga dilihat menetak mangsa mengunakan parang sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta yang sama.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati mangsa mempunyai 10 rekod kesalahan jenayah lampau termasuk kes jenayah berat melibatkan culik.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menemui beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang mempunyai sebarang maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-26650895 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker