Sweet Qismina, Adam Lee tak mahu banyak tajaan

Sweet Qismina, Adam Lee tak mahu banyak tajaan

Sweet Qismina dan tunangnya, Adam Lee tidak mahu menerima terlalu banyak tajaan untuk majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung bulan depan.

Sweet berkata, mereka lebih selesa untuk menggunakan hasil titik peluh mereka sendiri.

“Tajaan itu memang ada, tapi kami cuba buat semuanya sendiri. Kalau boleh, tak mahu terlalu banyak tajaan,” katanya kepada Harian Metro.

Sweet, 25, berkata, perkahwinan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupannya dan lebih manis sekiranya dia dan Adam menggunakan hasil kerja keras mereka sendiri.

“Bukan apa, perkahwinan itu adalah perkara terbesar dalam hidup dan kami nak merasa nikmat dari hasil kerja keras kami sendiri.

“Kalau ada tajaan pun, kami anggap itu sebagai rezeki dan umpama bonus buat kami,” katanya.

Pasangan itu juga tidak menggunakan khidmat perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis mereka.

“Semuanya kami buat sendiri memandangkan yang menguruskan jadual kerja dan peribadi kami adalah ibu saya. Jadi, dia dapat menyusun semuanya dengan terancang. Selain itu, seperti majlis perkahwinan lain, akan diadakan sesi merewang bersama sanak-saudara,” katanya.

Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun bercinta.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan itu, tetapi memaklumkan bahawa ia akan berlangsung selepas genap setahun pertunangan mereka. HM

Sweet Qismina, Adam Lee tak mahu banyak tajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker