Hattan beri amaran kepada Hael

Terpaling Juara

Hattan beri amaran kepada Hael

Episod kelima program realiti terbitan TV3, Terpaling Juara yang disiarkan Ahad lalu, mengejutkan penonton apabila penyanyi ‘senior’, Rahmad Mega dan Shaz yang pernah diramal menjadi juara, diumumkan sebagai peserta paling corot.

Tidak hairanlah, Rahmad dan Shaz yang diletakkan di bawah bimbingan ‘kapten’ Hael Husaini, ditegur juri yang mahukan mereka tampil lebih ‘wow’ dan mengubah imej ketika beraksi di pentas itu.

Datuk Hattan berkata, Rahmad sebenarnya penyanyi rock yang hebat dan boleh membawa apa sahaja lagu diberi dalam tugasan.

“Di pentas Terpaling Juara, saya hendak lihat sisi berbeza daripada Rahmad, bukannya persembahan yang boleh dijangkakan.

“Kedudukan markah pada malam ini (Ahad lalu) adalah satu amaran kepada ‘kapten’ Hael untuk meneliti persembahan Rahmad dan Shaz.

“Mereka perlu tonjol identiti sendiri dan bukan ikut cara penyanyi asal,” katanya.

Mengulas cara Shaz mendendangkan lagu Kau Pun Sama, Hattan menasihatkan bakat baharu itu agar lebih yakin ketika beraksi.

“Lagu ini ada elemen blues, jadi Shaz perlu sangat yakin dalam menyampaikan lagu ini.

“Jangan teragak-agak dan perlu buat dengan betul,” katanya.

Pandangan sama dilontarkan seorang lagi juri, Fauziah Latiff terhadap persembahan Rahmad dan Syaz.

“Shaz dianggap penyanyi baharu yang berbakat. Suara dan intonasi Shaz baik.

“Apabila Shaz perlu menari sambil menyanyi, Shaz harus memastikan dirinya menari lebih hebat berbanding penari dan tonjolkan diri sebagai superstar,” katanya.

Pertarungan dalam Terpaling Juara semakin sengit. Episod kelima bertemakan vice versa menyaksikan Hazami, Rahmad, Aqmal, Aqeesh dan Shaz mempersembahkan lagu berlainan genre.

Pada episod itu, Hazami sekali lagi memikat hati juri tetap dan penonton dengan lagu Terlalu Istimewa dendangan asal, Allahyarham Adibah Noor hingga muncul persembahan terbaik.

Mengulas kejayaan itu, Hazami berkata: “Sepanjang pembabitan dalam Terpaling Juara, tiada jalan mudah untuk saya mencorakkan persembahan setiap minggu.

“Lagu Terlalu Istimewa ini berat dan saya terbayang wajah arwah Kak Dib ketika menyanyi.

“Jiwa saya seperti ditarik, ada detik di mana saya tidak dapat kawal emosi dan hilang fokus.

“Saya amat berterima kasih kepada juri tetap dan penonton yang suka persembahan saya pada minggu kelima.

“Secara jujur, saya fikir cabaran Terpaling Juara lebih besar berbanding Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana diberi karya bukan genre saya hinggalah dapat lagu Terlalu Istimewa,” katanya yang terus bersemangat meneruskan cabaran dalam program realiti itu.

Minggu keenam bakal menyaksikan peserta berduet dengan artis pilihan seperti Stacy, Aizat Amdan, Ayda Jebat, Nikki Palikat dan Cliff Umar dengan rangkaian lagu pilihan.

Program Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten iaitu Hael, Akim Ahmad dan Naim Daniel membimbing artis ‘senior’ dan bakat baharu.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunnai RM100,000, naib juara (RM50,000) dan tempat ketiga (RM30,000).

Terpaling Juara menampilkan Vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea (penaja bersama) dan Hot FM sebagai rakan radio rasmi. BH

Hattan beri amaran kepada Hael


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker