Alcantara, Jamie Chong johan Mrs. Malaysia Globe 2023
Alcantara, Jamie Chong johan Mrs. Malaysia Globe 2023
ACARA final bagi pertandingan ratu cantik paling berprestij di Malaysia, Mrs. Malaysia Globe (MMG) 2023 yang berlangsung di Arena Mega Stars, Sg. Wang Plaza, Kuala Lumpur pada Ahad lalu telah menobatkan dua pemenang bagi dua kategori dipertandingkan.
Pertandingan yang bertujuan memperkasa wanita dengan meraikan kecantikan, kecerdasan dan bakat itu telah memilih Stephanie Alcantara sebagai johan bagi kategori Mrs. Malaysia Classique Globe iaitu ratu cantik berusia 45 tahun dan ke atas.
Sementara itu, Jamie Chong Chin Chin dipilih sebagai juara bagi kategori Mrs. Malaysia Globe.
Saat nama Alcantara diumumkan sebagai juara bagi kategori Mrs. Malaysia Classique Globe, sorakan kuat jelas kedengaran dari dalam dewan.
Ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan itu juga merupakan antara finalis MMG 2023 yang paling disukai kerana kejelitaan dan aura dimilikinya.
“Saya berhasrat untuk menggunakan platform MMG ini sebagai ruang untuk melakukan sesuatu yang lebih lagi, khususnya dalam bidang paling saya minati iaitu kesejahteraan untuk kanakkanak berkeperluan khas,” katanya.
Tempat kedua hingga kelima bagi kategori Mrs. Malaysia Classique Globe dimenangi oleh Sukhbir Kaur, Michelle Teo, Phang Huey Jiun dan Fennie Lee.
Bagi juara kategori Mrs Malaysia Globe pula iaitu Jamie Chong, MMG memberi peluang kepadanya untuk meneroka sesuatu yang baharu, selain menyerlahkan keyakinan serta keaslian dirinya.
“Bagi saya, kecantikan itu adalah gabungan tarikan fizikal seseorang dan karakter,” katanya yang juga merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan Korean Air.
Pemenang tempat kedua sehingga kelima bagi kategori Mrs. Malaysia Globe dimenangi oleh Juliana Khoo, Ivlyn Tan, Erin Tan dan Cynthia Lee.
Bagi acara final MMG tahun ini, ia menampilkan lima segmen menarik iaitu Smashing Stereotype, Dream Big Barbie Style, Femininity at its Finest, Hollywood Glam dan Decoding Dyslexia.
Acara final menampilkan 18 barisan peserta daripada kedua-dua kategori yang memperagakan kemeja-T memaparkan cetakan perkataan kanak-kanak disleksia, sebelum dilelong untuk tujuan kebajikan. K Online
Alcantara, Jamie Chong johan Mrs. Malaysia Globe 2023
Baca Artikel Menarik:
- https://mykmu.net/2023/11/06/graduan-unisza-terima-berita-kematian-bapa-ketika-menanti-giliran-terima-skrol/
- Azwan mahu saman Aliff Syukri RM100 Juta
- Azharina Azhar hidap penyakit misteri
- Lepas kahwin Intan Najuwa makin lawa macam anak dara
- Ryan Bakery, Adam, tolong sedar diri
- Tentera Ukraine diambang kekalahan
- Strategi jihad ganjil
- Ayah Angelina Jolie marah anaknya menyerang Israel
- GV10: Nasib malang Ezad Lazim
- GV10: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim
- Penghidap barah payu dara jadi mangsa gangguan seksual ‘ayahanda’
- Kenapa satu telefon bimbit, satu boarding pass sahaja? – Ka Siong
- Pos kawalan tentera Israel dibedil roket Burkan oleh Hizbullah
- Konflik Palestin-Israel: Jenazah pemuda berbau kasturi [VIDEO]
- Konflik Palestin-Israel: Pakai telekung waktu tidur, sedia mati syahid [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi
Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah