Sampai bila nak bermasam muka? – Elly Mazlein

Ramli MS ok dah kot

Sampai bila nak bermasam muka? – Elly Mazlein

Artis serba boleh, Elly Mazlein tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan maestro, Datuk Ramli MS, biarpun hubungan mereka pernah dikatakan dingin ekoran insiden dia menarik diri ketika menyertai Gegar Vaganza (GV) musim ketiga.

Jelas Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom, selaku individu yang lebih muda, dia sudah meminta maaf dan menganggap kontroversi yang berlaku hanya isu kecil yang tidak perlu lagi diperbesarkan.

“Alhamdulillah, hubungan kami sangat baik. Sudah boleh bergurau, kata orang. Sampai bila kita hendak bermasam muka kan? Lagipun, isu itu tidak besar mana pun.

“Sebagai orang yang lebih muda, saya sudah meminta maaf dan melupakan insiden tersebut. Lagipun, benda sudah lama,” katanya.

Penyanyi Bakawali itu menarik diri daripada pentas GV3 selepas berkecil hati dan kecewa dengan komen Ramli yang menganggap, dia menggunakan simpati untuk kekal bertahan dalam program realtiti tersebut.

Elly bagaimanapun, kini kembali ke pentas GV sebagai pengacara, menggantikan Jihan Muse yang sedang berpantang.

Sebagai bekas bintang GV, Elly berkata, dia memahami perasaan gementar peserta dan dia sentiasa bersedia membantu mereka, terutama ketika menanti detik penyingkiran.

Disebabkan itu, Elly memilih berdiri di sebelah penyanyi, Hazrul Nizam yang mendapat markah terendah pada minggu pertama GV9, Ahad lalu untuk memberikan semangat.

“Saya faham kedudukan dan perasaan mereka. Gementar bukan kepalang. Walaupun minggu pertama orang anggap sebagai pemanas badan, saya tahu perasaan berada pada kedudukan terbawah.

“Disebabkan itu, saya berdiri di sebelah mereka untuk memberikan sokongan,” katanya. Utusan

Sampai bila nak bermasam muka? – Elly Mazlein


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker