Ikmal Amry diserang anxiety, trauma memandu

Ikmal Amry diserang anxiety, trauma memandu

Pelakon Ikmal Amry mengakui masih trauma dengan apa yang menimpa keluarga kecilnya selepas terbabit dengan insiden jalan raya yang menimpanya awal bulan ini.

Kata Ikmal, tidak setakat trauma, dia dan isteri masih terbayang-bayang dan dihantui kejadian ngeri tersebut. Lebih parah, dia juga seakan-akan diserang anxiety (kegelisahan melampau) sejak kebelakangan ini.

“Selepas ditimpa kemalangan, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai.

“Perkara tersebut (anxiety) memang sampai sekarang menggangu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-teringat apa yang terjadi.

“Isteri jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak bila masa tidur sebab masih teringat dengan insiden yang berlaku,” katanya.

Tambah Ikmal atau nama sebenarnya Mohd. Zulikmal Amry Ghazali, 28, rentetan daripada kejadian tidak diingini itu, dia juga masih trauma dan tidak berani untuk memandu bersendirian.

“Buat masa ini saya memang tak berani nak memandu sendiri. Kemana-mana saya pergi memang pembantu peribadi akan tolong hantarkan.

“Bila rasa nak bawa (pandu) kereta tu, saya akan overthinking (fikir buruk). Even (meskipun) jalan kaki pun saya rasa takut dan fikir bukan-bukan.

“Sebelum ni saya pernah saja kemalangan sendiri. Tapi, mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat dan terbawa-bawa sampai sekarang,” katanya usai pratonton filem terbaharunya, Rasuk arahan pengarah popular, James Lee petang semalam.

Sehingga kini, Ikmal bagaimanapun tidak pernah bertemu pakar bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah yang sedang didepaninya.

Rasuk yang diterbitkan Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan SixFun Media turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Aliff Satar, Alicia Amin, Elisya Sandha, Ayie Floor88, Atiq Azman, Abbas Mahmood dan Syazwan Razak.

Rasuk bakal menghantui pawagam di seluruh negara bermula 29 September ini. K Online

Ikmal Amry diserang anxiety, trauma memandu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker