Baby Shima bidas PU Syed senyap pasal konsert di Kelantan

Tak Aci Konsert Kita Berkali-Kali Awak Menyalak

Baby Shima bidas PU Syed senyap pasal konsert di Kelantan

Pengajuran konsert di negeri yang sinonim dengan identiti pentadbiran Islam baru-baru ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi sensasi, Baby Shima yang mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang hanya berdiam diri terhadap penganjuran konsert yang berlangsung selama tiga hari itu.

‘Sindir’ Ahli Agama Kelantan?

Menerusi Insta Stories, Baby Shima seolah-olah ‘menyindir’ para ahli agama yang tidak melakukan sebarang bantahan terhadap konsert di Kelantan.

“Kelantan ada konsert! Ummah dan PU/ Ustaz/ ustazah media sosial tak nak buat DEMO ke! Haritu kata nak buat DEMO besar-besaran.”-Tulis Baby Shima

“Konsert Kat Kelantan Senyap Pula”
Dalam pada itu, Baby Shima turut mempertikaikan tindakan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang dikatakan bersikap tidak adil membantah konsertnya, namun berdiam diri terhadap konsert di Negeri Serambi Mekah itu.

“Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak .

Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram..Amboi isu terpilih je ke berani.”-Soal Baby Shima

Terdahulu, PU Syed pernah memberikan teguran secara terbuka terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri selepas memuatnaik potongan MV lagu dangdut terbaharunya bersama penyanyi, Baby Shima yang mendapat kecaman disebabkan aksi gelek Baby Shima yang dikatakan terlalu mencolok mata. Mr

Baby Shima bidas PU Syed senyap pasal konsert di Kelantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker