Jangan kecam isteri saya – DDNK

Jangan kecam isteri saya – DDNK

“Jangan kecam isteri saya, dia baru 25 tahun. Seorang pelajar.”

Demikian kata Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, selepas berita perkahwinannya dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari menjadi tular.

Ia susulan ramai mendakwa isteri Mohd Nazri yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Takpa Janji Kaya’ itu menjadi punca perceraian Mohd Nazri dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Hasmawatie.

Mohd Nazri menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram pempengaruh Caprice berkata, dia mohon supaya netizen memberi ruang kepada isterinya itu.

“Assalamualaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih semua komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.

“Saya tahu majlis perkahwinan saya menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya, alam siber. Saya ucap terima kasih, cuma saya mohon netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya. Mudah-mudahan dia boleh ‘survive’ dengan apa yang berlaku.

“Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami. Insya-Allah lebih bahagia dan tenang serta terselamat daripada tribulasi (ujian), terima kasih,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran video di Instagram Story Caprice, Datin Ernie turut meluahkan rasa sedih apabila dirinya digelar perampas.

“You (awak) tahu tak Caprice, diorang (mereka) cakap I (saya) perampas. I (saya) tak boleh terima itu semua. Kenapa nak kena persoalkan itu semua. Itu jodoh kan. Dah jodoh,” katanya sambil menghempaskan bantal. HM

Jangan kecam isteri saya – DDNK


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker