PEMBERSIHAN NAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO (TOKMAT) DARI DAKWAAN RASUAH

Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji, Ahli Parlimen DAP dari Jelutong, mungkin sahaja berniat negatif terhadap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, bila meminta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beliau mengenai kes penggubahan wang RM10 juta melalui pengurup wang ke London untuk pembelian sebuah pangsapuri mewah di London.

Begitupun, jawapan Datuk Liew Vui Keong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini menatijahkan hasil di sebaliknya pula bila beliau telah membersihkan Datuk Seri Mohamad Hassan dengan menyatakan:
(1) “Siasatan SPRM terhadap kes ini telah selesai dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (JPN) pada tahun 2011. Pada tahun 2013, JPN telah memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes ini dan siasatan telah dihentikan”.
(2) “Walau bagaimanapun, pada April 2019 kertas siasatan telah dikemukakan untuk penelitian semula. Pada 2 Mei 2019 pihak JPN telah mengekalkan keputusan No Further Action (NFA) setelah meneliti hasil siasatan.”

Jawapan Datuk Liew Vui Keong ini seharusnya menghilangkan terus syak wasangka orang ramai, apatah lagi sesama pemimpin UMNO sendiri, ke atas integriti Datuk Seri Mohamad Hassan ekoran tohmahan meluas ke atas beliau sehubungan kes ini.

Ekoran jawapan positif Datuk Liew Vui Keong ini, Datuk Seri Mohamad Hassan sewajarnya memberi pertimbangan serius untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang masih membuat atau memanjangkan tohmahan begini terhadap diri beliau.

Rujuk Lampiran hansart parlimen

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker