Air Force The Movie kaut RM20 juta

Air Force The Movie kaut RM20 juta

Dalam tempoh 11 hari, filem aksi Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya merekodkan kutipan RM20 juta untuk tayangan di Malaysia.

Berita gembira terbabit diumumkan melalui akaun Instagram rasmi penerbit filem aksi ketenteraan itu, Multimedia Entertainment hari ini.

“Terima kasih Malaysia!! #AirForceTheMovie dah cecah RM20 juta kutipan box office dalam 11 hari! Kami sangat terharu di atas sokongan kuat anda semua.” menurut kenyataan itu.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films, SixFun Media selain Multimedia Entertainment.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi menyelamatkan mereka. Filem ini menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei sejak 25 Ogos lalu.

Sementara itu, Zulkarnain yang ditemui pada sesi pelakon filem terbabit bertemu penonton di GSC IOI City Mall, Putrajaya, semalam berkata, pihaknya berharap semua peminat tempatan, Brunei, Singapura serta Taiwan dan Korea untuk menonton filem terbabit.

“Kalau boleh sasaran kutipan kami nak lebih besar, lebih tinggi. Semua orang tengok dan menghargai filem ini seadanya kerana ia mengangkat TUDM dan saya mengharapkan apresiasi penonton akan meningkat selepas menonton filem ini.

“Saya tak berani nak kata ia mungkin boleh mencapai atau menyamai kutipan filem Mat Kilau kerana itu rezeki mereka. Kali ini rezeki Air Force The Movie: Selagi Bernyawa,” katanya. HM

Air Force The Movie kaut RM20 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker