Noh belum sedia jumpa media

Noh belum sedia jumpa media

Penyanyi Noh Salleh, 37, belum bersedia ditemubual media yang membuat permintaan bertemu dengannya ketika Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam, semalam.

Vokalis kumpulan Hujan terbabit juga hadir diiringi pengawal peribadi dan tidak menunggu di bilik khas disediakan kepada semua artis yang mengadakan persembahan.

Menurut penganjur konsert, Faizul Mohd Yusof, pengurus Noh sendiri memberitahu penyanyi itu masih menolak untuk bersemuka dengan media.

Bagaimanapun, kemunculannya jelas berjaya menghangatkan pentas dan mendapat sorakan cukup gempita daripada lebih 5,000 yang hadir pada konsert berkenaan.

Walaupun tampil solo dengan cuma bermain gitar, Noh sangat bertenaga menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti Aku Skandal, Kotak Hati dan Dugaannya serta lagu solonya, Bunga Di Telinga dan Angin Kencang.

Dia cukup terharu dengan kehadiran ramai demi menyokong konsert terbabit katanya: “Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyanyi bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani mengadakan persembahan seorang diri tanpa kumpulan Hujan.

“Ternyata, anda semua memberi semangat kepada saya. Terima kasih,” katanya.

Noh turut memohon maaf terhadap kekurangan yang berlaku di atas pentas.

“Saya meminta maaf atas kekasaran saya atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan jadi gila seperti ini. Saya akan bawa pulang memori indah ini,” katanya.

Konsert itu turut dimeriahkan persembahan daripada Floor 88, K-Clique, Kugiran Masdo, Zynakal dan Yonnyboi.

Menyusul, Konsert Havoc Midnight akan diadakan di Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu pada 30 Disember dan 1 Januari 2023. HM

Noh belum sedia jumpa media


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker