Diana, Zamarul cemas anak sesak nafas

Diana, Zamarul cemas anak sesak nafas

Pasangan pelakon, Diana Rafar dan suaminya, Zamarul Hisham berdepan detik cemas apabila anak kedua, Kayla Reysha, 5, mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, kelmarin.

Diana berkata anaknya mengalami demam dan batuk ringan sebelum kejadian mencemaskan itu.

Namun, katanya, dia ternampak anaknya berbaring dengan keadaan merengkok dan nafas kelihatan laju, jam 1 pagi.

Tanpa berfikir panjang, Diana dan suami terus membawa Kayla ke hospital kerana bimbang melihat wajah anak yang sudah kebiruan.

“Kejadian ini amat merisaukan saya dan suami, tak fikir panjang terus capai tudung yang ada dan terpaksa meninggalkan bayi bersama pembantu rumah.

“Ketika sampai di hospital, oksigen Kayla menurun sehingga 92 peratus. Kayla tiada sebarang sejarah semput atau asma, jadi doktor tidak pasti puncanya.

“Ini kerana ujian darah dan x-ray tidak menunjukkan apa-apa yang tidak normal. Cuma, doktor kesan ada jangkitan virus.

“Selain itu, tekanan darah Kyla juga tidak normal. Ketika di hospital, tekanan darahnya mencecah sehingga 195 peratus, di mana kanak-kanak normal sepatutnya tekanan darah hanya sekitar 120 peratus,” katanya kepada BH Online.

Diana berkata, dia tidak dapat membayangkan keadaan anaknya sekiranya dia dan suami tidur nyenyak pada malam itu.

“Jujurnya, saya tidak dapat bayangkan bagaimana sekiranya kami tidur lena hingga tidak sedar apa yang berlaku kepada Kayla. Tak tahulah apalah yang akan terjadi padanya.

“Sehingga kini, Kayla masih dirawat di ICU, tetapi berkemungkinan akan dimasukkan ke wad biasa. Keadaan Kayla masih belum memuaskan, tetapi sudah boleh bercakap dan membuat TikTok.

“Oksigen Kayla masih belum normal lagi, jadi masih memerlukan bantuan oksigen. Tekanan darah juga belum stabil.

“Setakat ini, tekanan darahnya antara 150 hingga 170 peratus. Doktor kata kemungkinan Kayla stress,” katanya.

Kata Diana, apabila melakukan TikTok, boleh nampaklah oksigen naik semula.

“Jadi, doktor minta kami sentiasa bercakap dengannya, biar buat perkara yang dia suka untuk menaikkan oksigen,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat Kayla kerana berkat doa kesihatan anak kedua daripada tiga beradik lebih baik berbanding sebelumnya.

“Saya berkongsi keadaan Kayla dalam Instagram sebab mahu ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak ambil mudah keadaan anak walaupun hanya demam dan batuk ringan.

“Saya tidak mahu ibu bapa lain mengambil mudah apabila melihat anak tidak sihat segeralah mendapatkan rawatan.

“Doktor memberitahu kemungkinan apa yang berlaku pada Kayla ada kena mengena dengan COVID-19. Sebelum ini, saya, suami dan anak-anak positif COVID-19, namun, Kayla tidak pula dijangkiti.

“Jadi, virus ini ada, tetapi tidak dapat dikesan. Dan apa yang berlaku pada Kayla adalah kesan jangka panjang,” kata Diana lagi. BH

Diana, Zamarul cemas anak sesak nafas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker