Samun di stesen minyak, polis buru 2 suspek

Samun di stesen minyak, polis buru 2 suspek

Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan pihaknya kira-kira 7.30 malam itu kelihatan mangsa tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggunya membuka kunci kenderaan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Beliau berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. FMT

Samun di stesen minyak, polis buru 2 suspek

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker