Pengabdi Setan 2 penuh dengan emosi ‘roller coaster’

Pengabdi Setan 2 penuh dengan emosi ‘roller coaster’

PENANTIAN panjang peminat menantikan sekuel filem Pengabdi Setan yang pertama kali ditayangkan pada 2017 tamat usai Pengabdi Setan 2: Communion akhirnya menembus pawagam bermula 11 Ogos lalu.

Ketika berpeluang menyaksikan filem arahan Joko Anwar tersebut dalam majlis tayangan baru-baru ini, ada bermacam rasa bergelumang dalam dada.



Satu, apakah paparan seterusnya perjalanan kisah hidup keluarga Ibu dan Bapak selain ternanti-nanti debaran serta kejutan yang dijanjikan Joko.

Seawal tayangan, penonton sudah dihidangkan dengan gambaran insiden mencemaskan penuh misteri tentang tragedi penggalian banyak mayat di sebuah kawasan hutan.

Memasuki pertengahan tayangan, mula berlaku perkembangan jalan cerita apabila memaparkan kehidupan baharu Bapak (Bront Palarae) dan anak-anaknya di kediaman apartmen.

Keluarga itu memutuskan tinggal di situ yang dipanggil rumah susun kerana yakin akan berasa lebih selamat jika tinggal bersama ramai jiran yang lain.



Malangnya, penempatan tersebut sebenarnya menyimpan 1,001 misteri lain yang bersangkut paut dengan kejahatan yang pernah berlaku membabitkan Ibu mereka.

Menyentuh tentang jalan cerita, pada awal minit tayangan agak bergerak perlahan, diselang-seli dengan adegan lucu membabitkan tiga beradik, Rini (Tara Basro), Toni (Endy Arfian) dan Bondi (Nasar Anuz).

Ada dialog-dialog yang mencuit hati, termasuklah babak Bondi bersama dua rakannya, Wisnu (Muzakki Ramdhan) dan Ari (Fatih Unru).

Lelucon



Bagaimanapun, satu hal yang pasti, babak-babak mencemaskan dalam Pengabdi Setan 2 membuatkan emosi penonton tidak senang duduk kerana rasa seram berselang-seli dengan adegan kelakar.

Bak kata Joko, dia sengaja menyelitkan elemen lucu agar emosi penonton berasa seperti ‘roller-coaster’, sesekali ketawa ketika sedang cuak dan takut.

Apatah lagi, filem berkenaan menjadi naskhah pra-pandemik, maka kata Joko, dia mahu menyajikan sebuah karya ada bermacam warna, tidak hanya tentang cerita hantu menakutkan semata-mata.

Selain lelucon, filem berkenaan turut menyajikan isu ilmu hitam yang menjadi punca segala kekalutan yang menghantui kehidupan keluarga Ibu dan Bapak selama ini.



Cuma dari segi kepuasan, ramai yang bersepakat bahawa sekuel kali ini lebih baik dan menyeramkan berbanding filem pertamanya, malah jalan cerita kali ini mudah difahami.

Tetapi jika namanya lakonan, pasti ada beberapa perkara yang dilihat tidak logik. Contohnya, paparan adegan mayat mangsa kecelakaan lif yang diletakkan di kediaman masing-masing dengan keadaan wajah seram yang tidak ditutup.

Jika diikut akal logik, apa mungkin kita membiarkan jenazah dibiarkan terbuka begitu, tetapi dari sudut lakonan, demi memberi nilai tambah keseraman berganda, ‘ketidakwarasan’ sebegitulah yang perlu ada.

Akan tetapi jika bercakap soal watak, perkembangan karakter agak terhad terutama Bapak lakonan Bront yang tidak banyak diberi ruang menyerlah dan banyak babak tanpa dialog. Tetapi hujung cerita, ada plot twist terhadap watak itu. Sila tonton sendiri.



Bukan sekadar memaparkan kisah hantu dan seram, tetapi Pengabdi Setan 2 turut menyelitkan elemen teguran buat penonton apabila memaparkan babak tentang balasan dosa membabitkan watak seorang wanita pelacur bernama Tari (Ratu Felisha) dan lelaki jahat, Dino (Jourdy Pranata).

Apa pun kesalahan yang dilakukan manusia di atas muka bumi, carilah kesempatan untuk bertaubat sebelum terlambat. K Online

Pengabdi Setan 2 penuh dengan emosi ‘roller coaster’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker