Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram – Ifa Raziah

Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram – Ifa Raziah

Masih belum surut lagi isu sensasi Ifa Raziah berkaitan video siaran langsung (Live) ketika sembahyang baru-baru ini dan juga kontroversi menari gelek dalam majlis aqiqah yang mengundang pelbagai reaksi orang ramai terutama dikalangan ahli agama tanah air.

Kini penyanyi, pelakon dan juga usahawan sensasi ini, memuatnaik satu perkongsian yang cukup menarik perhatian ramai warga maya di akaun Instagramnya.

“Ini Salah Satu Sumber Rezeki”

Menjengah di Instagram milik selebriti ini, umum sedia maklum Ifa mengumumkan dia berkolaborasi bersama Jovian Mandagie secara eksklusif dengan mengeluarkan produk korset yang dikenali sebagai Wonder Suit By Jovian di media sosialnya.

Baru ini, Ifa memuatnaik video yang memaparkan pelancaran produk terbaru tersebut di media sosialnya sambil menulis entri yang cukup mencuri perhatian ramai dan lensa Murai MY.

Ifa mendedahkan dalam coretan tersebut, di mana dia tidak perlu menari (gelek) dalam majlis pelancaran berkenaan walaupun dibayar beratus ribu ringgit dan dilantik sebagai duta.

“Ini contoh majlis perasmian produk Wonder Suit By Jovian yang tak perlu miss diva nak bergelek.. Walau dibayar ratusan ribu dan dilantik sebagai duta..” Coretnya

Menurut Ifa lagi, kolaborasi antara dia bersama usahawan dan pereka fesyen terkenal tanah air ini juga merupakan salah satu sumber rezeki buatnya.

Meski bersyukur dengan rezeki yang dimiliki datang tidak putus-putus, namun Ifa juga meluahkan rasa bimbang ada menganggap apa yang dilakukan adalah haram dan mengundang dosa besar.

“Ini pun salah satu punca rezeki miss diva.. Nanti ada politaik agama cakap ini pun haram juga mengundang dosa besar !! Syukur alhamdulillah rezeki yang tak putus-putus, semuanya datang dari Allah s.w.t. Amin ya rabbal alamin.” Coretnya lagi

Netizen Titip Pesanan

Melihat muatnaik tersebut, ramai yang mengikuti selebriti jelita ini memberi komen dan pesanan agar mengabaikan teguran seperti itu dan menjadi diri sendiri.

“Kelas kau kak.. Rezeki mencurah-curah, pedulikan pada yang acah-acah alim yang kecam-kecam akak tu.. Yang penting jadi diri sendiri..”

“Politaik agama??” Komen mereka

“Haram sebab mereka tak disumbat wang!”

“Saya suka kenyataan awak bab agama tu. Kita tegur persendirian bukan menerusi media sosial, Tu namanya buka aib.” Komen mereka lagi

Dalam pada itu, ramai juga warga maya yang memuji pinggang Ifa sangat langsing bak kerengga diruangan komen muat naik tersebut.

“Ziss, sangat kerengga…”

“Halusnya pinggang.” Puji mereka. Mr

Nanti Ada Polita*k Agama Cakap Ini Pun Haram – Ifa Raziah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker