Lagu ‘Baby Sayang’ Aliff Syukri tetap trending nombor 1

Lagu ‘Baby Sayang’ Aliff Syukri tetap trending nombor 1

Lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan penyanyi, Baby Shima sedang trending nombor satu di YouTube selepas 10 jam dimuat naik di platform tersebut semalam.

Tinjauan di YouTube hari ini menyaksikan ‘Baby Sayang’ masih kekal di tangga pertama mengatasi beberapa video muzik lain seperti Blackpink.

Sehingga kini, video muzik tersebut berjaya menerima lebih 300,000 tontonan kurang dari 24 jam.

Terdahulu, Aliff Syukri memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial disebabkan beberapa perkara yang timbul berkaitan dirinya.

Namun, selang beberapa hari, usahawan tersebut dilihat kembali aktif di TikTok bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu yang mula dilancarkan semalam.

Rata-rata orang ramai menyifatkan Aliff Syukri sebagai seorang yang ‘pekak telinga’ dan tidak serik walaupun dikecam bertubi-tubi ekoran beberapa video yang dikongsinya sebelum ini dikatakan kurang sopan.

Terbaharu, Aliff Syukri memuat naik video berterima kasih kepada orang ramai yang masih sudi menonton serta mendengar lagu Baby Sayang sehingga trending di YouTube.

Katanya, dia tidak mengejar populariti malah hanya ingin menghiburkan orang ramai dengan hasil seninya. K Online

Lagu ‘Baby Sayang’ Aliff Syukri tetap trending nombor 1


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker