Jangan bandingkan saya dengan Nabila Razali – Keisya Levronka

Jangan bandingkan saya dengan Nabila Razali – Keisya Levronka

Penyanyi yang sedang mencipta nama di Indonesia, Keisya Levronka enggan melayan komen negatif yang cuba membanding-bandingkan dia dengan penyanyi, Nabila Razali.

Kata anak kelahiran Jawa Timur itu, setiap penyanyi memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing, justeru tidak perlu mereka dibanding-bandingkan.

“Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Terserah kepada diri, mahu bangkit atau menyerah.

“Saya terima (kritikan) dan memilih untuk bangkit, meskipun komen orang itu menyakiti saya,” katanya pada sidang media memperkenalkan penyanyi itu di Universal Music Malaysia, di sini, semalam.

Nabila sebelum ini menerima pujian peminat yang menganggap cara dia menyanyikan lagu Keisya, Tak Ingin Usai lebih baik daripada penyanyi asal.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun itu tidak melatah apabila membaca komen netizen tentang dirinya, sama ada baik atau buruk di media sosial.

Katanya, pandangan dan kritikan mereka dijadikan azimat untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada.

“Bukan sahaja komen, malah saya juga akan baca mesej yang dihantar secara peribadi ke media sosial.

“Saya ada kekuatan untuk berdepan komen negatif ini. Ia tidak sedikit pun mengganggu emosi saya,” akuinya. Utusan

Jangan bandingkan saya dengan Nabila Razali – Keisya Levronka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker