Ezra Miller terjebak jenayah akibat sakit mental

Ezra Miller terjebak jenayah akibat sakit mental

LOS ANGELES: Bintang utama filem adiwira The Flash, Ezra Miller mengesahkan sedang menjalani rawatan kesihatan mental selepas mencetuskan beberapa siri kontroversi berprofil tinggi.

Mengikut laporan AFP, aktor berusia 29 tahun yang pernah muncul dalam beberapa filem blockbuster utama komik keluaran DC termasuk Justice League, disabitkan kesalahan jenayah pecah masuk rumah di Vermont, Amerika Syarikat, bulan lalu.

Miller turut ditahan atas dua kesalahan dilakukan kerana berkelakuan tidak senonoh dan gangguan di Hawaii, awal tahun ini.

Pada 2020, aktor itu menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita selepas rakaman mencekik seorang wanita di sebuah bar di Iceland tular, namun, tidak disabitkan pertuduhan.

Ramai menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan dan kerjaya bintang The Flash itu ekoran masalah kesihatan mental dihadapi.

“Selepas berdepan krisis tegang, saya baru menyedari sedang menanggung masalah kesihatan mental yang sangat kompleks dan kini sedang menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada agensi berita, AFP.

AFP melaporkan, Miller memohon maaf mencetuskan kebimbangan dan mengecewakan peminat atas sikap liarnya itu.

“Saya sangat komited untuk mengembalikan kesihatan, keselamatan dan produktiviti hidup,” katanya lagi.

Meskipun terpalit dengan kontroversi, penerbit filem The Flash iaitu Warner Bros memberi bayangan penayangan filem itu akan tetap diteruskan pada musim panas ini.

Penggambaran filem menelan belanja RM893 juta (USD200 juta) itu difahamkan sudah selesai.

Filem The Flash menyaksikan Miller tampil sendirian dalam filem usaha sama DC dan Warner Bros yang berjaya memecah rekod francais filem adiwira Marvel.

Miller mula meraih kejayaan dalam dunia lakonan selepas kemunculan dalam beberapa siri seperti Afterschool, We Need to Talk About Kevin dan The Perks of Being a Wallflower.

Beliau menjalani uji bakat sebagai Barry Allen atau The Flash untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016, diikuti filem Suicide Squad dan Justice League.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Warner Bros Discovery, David Zaslav mengesahkan filem The Flash akan tetap ditayangkan bersama dua filem adiwira lain.

“Kami teruja untuk melihat The Flash, Black Adam dan Shazam 2 menemui penonton.

“Kami sudah menontonnya dan berpendapat ia sangat hebat. Kami fikir boleh hasilkan lebih baik lagi,” katanya.

Namun, kenyataan Zaslav mengundang kemarahan sesetengah peminat apabila Warner Bros menggugurkan filem Batgirl, sedangkan filem menelan belanja lebih RM400 juta (AS$90 juta) sudah hampir siap. Filem adiwira wanita itu menampilkan pelakon Latin sebagai bintang utama. BH

Ezra Miller terjebak jenayah akibat sakit mental


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker