Jumlah pelanggan Disney atasi Netflix

Jumlah pelanggan Disney atasi Netflix

LOS ANGELES: Walt Disney Co mengatasi Netflix Inc dengan sejumlah 221 juta pelanggan penstriman dan mengumumkam ia akan menaikkan harga kepada pengguna yang mahu menonton Disney+ atau Hulu tanpa iklan.

Gergasi media itu akan menaikkan kos bulanan Disney+ tanpa iklan sebanyak 38 peratus kepada AS$10.99 Disember ini, apabila ia mula menawarkan pilihan baharu yang termasuk iklan pada harga sedia ada.

Disney pada 2017 membina masa depannya dengan membina perkhidmatan penstriman bagi menyaingi Netflix ketika penonton beralih kepada tontonan secara dalam talian daripada televisyen kabel dan siaran tradisional.

Lima tahun kemudian, Disney mengatasi Netflix dari segi jumlah pelanggan penstriman.

Ia menambah 14.4 juta pelanggan Disney+, mengatasi konsesus 10 juta unjuran penganalisis yang diambil oleh FactSet, ketika ia menerbitkan siri ‘Obi-Wan Kenobi daripada ‘Star Wars’ dan ‘Ms Marvel’.

Digabungkan dengan Hulu dan ESPN+, Disney berkata ia mempunyai 221.1 juta pelanggan penstriman pada akhir Jun.

Netflix berkata, ia mempunyai 220.7 juta pelanggan penstriman.

“Disney mula meraih penguasaan pasaran ketika Netflix bergelut untuk menambah lebih ramai pelanggan,” kata penganalisis Investing.com, Haris Anwar.

“Disney masih mempunyai ruang untuk berkembang dalam pasaran antarabangsa di mana ia melancarkan perkhidmatan dengan pantas dan menambah pelanggan baharu.”

Bagi membantu menarik pelanggan baharu, Disney akan menawarkan versi disokong iklan bermula 8 Disember ini pada harga AS$7.99 sebulan, harga sama yang kini dikenakan untuk versi tanpa iklan, kata syarikat itu. BH

Jumlah pelanggan Disney atasi Netflix


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker