Cinta Nana tak berubah

Cinta Nana tak berubah

FIGURA Siti Nordiana bukan saja mencipta nama sebagai penyanyi, malah dia turut dikenali sebagai pelakon. Bermula dengan drama Dia Semanis Honey, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana terus diberi peluang melakonkan watak utama.

Dalam masa sama, Siti Nordiana, 38, tidak mahu mengetepikan komitmen sebagai penyanyi yang sudah dimulakan sejak dia berusia 15 tahun.

Bagi Nana, bidang nyanyian masih menjadi cinta pertama dan keutamaannya.

Menurut Nana, dunia lakonan diakui sebagai satu cabang seni yang memberikan banyak pengalaman baharu buatnya.

Namun, disebabkan kekangan waktu dan jadual kerja yang padat dengan aktiviti nyanyian, penyanyi lagu Angkara itu terpaksa menolak banyak tawaran lakonan, selain bersikap lebih memilih dalam menerima tawaran.

“Jika diikutkan, kerjaya utama saya adalah penyanyi. Ada ketika, saya ambil banyak tawaran lakonan disebabkan tiada single baharu yang mahu dikeluarkan. Jadi, kini kerjaya lakonan saya agak perlahan pula disebabkan saya mempunyai komitmen dengan single baharu.

“Keutamaan saya masih pada bidang nyanyian, jadi tawaran lakonan hanya diambil apabila saya tidak sibuk atau terikat dengan aktiviti membabitkan nyanyian seperti rakaman lagu, persembahan pentas, acara hiburan dan sebagainya.

“Mungkin dalam setahun saya hanya dapat berlakon satu atau dua drama saja. Itu pun terpaksa bersikap memilih dan hanya terima tawaran yang memberi watak berbeza kepada saya. Bagi saya, lakonan adalah satu bonus untuk mencuba pengalaman baharu, selain memenuhi permintaan peminat yang rindu dan mahu tengok saya lebih banyak muncul dalam drama,” katanya.

Terdahulu, Nana yang juga Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 ditemui pada sidang media drama terbaharu, Selamanya Suri Cinta yang bersiaran di TV9 sejak 15 Julai lalu.

Menerusi drama Selamanya Suri Cinta, Nana bergandingan dengan Sham Visa yang kini sedang hangat ditayangkan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam.

Berkongsi drama 20 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu, Nana yang menjayakan watak Wanda Nurhayati berkata, agak sukarnya buatnya menjayakan watak wanita tertekan.

“Wanda berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan. Wataknya jauh berbeza dengan saya. Wanda garang, ego, dominan dan tegas. Melakonkan watak Wanda menuntut banyak emosi yang kuat perlu dikeluarkan.

“Wanda perlu menunjukkan tekanan apabila dikhianati suami, anak≠anak serta rakan baiknya. Jadi, memang susah mahu menjiwai watak Wanda. Selain itu, saya kena menjerit, pukul anak dan sebagainya. Saya pening kepala menjayakan babak berat setiap hari.

“Bukan mudah untuk saya menjayakan watak ini kerana ia memerlukan emosi yang mendalam. Memang agak mencabar apabila perlu melakukan babak berat. Bagaimanapun saya bertuah kerana digandingkan dengan barisan pelakon berpengalaman seperti Fahrin Ahmad, Farahdhiya dan Sham Visa yang sangat membantu selain, mudah bekerjasama,” katanya.

Drama lain yang pernah dilakonkan Nana seperti Klik! Pengantin Musim Salju, Cekelat Semanis Honey, Satukan Rasa dan lain-lain.

Menariknya kebanyakan drama lakonan ibu kepada seorang anak lelaki ini mendapat sambutan ramai, malah sering ‘trending’ di media sosial.

“Memang seronok tengok reaksi peminat yang suka dan sentiasa tunggu lakonan terbaharu saya. Saya juga suka berlakon dan mungkin akan mempertimbangkan lebih banyak tawaran lakonan selepas ini jika watak dan masanya bersesuaian.

“Bagaimanapaun saya kena aturkan jadual kerja sebaik mungkin. Ini kerana perancangan kerjaya selalunya sudah disusun dalam tempoh setahun dan saya tidak mahu ia mengganggu jadual sedia ada.

“Dalam masa sama, saya juga tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak yang terpaksa mengikut jadual saya jika berlaku sebarang pertindihan waktu dan sebagainya,” katanya. HM

Cinta Nana tak berubah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker