Media Indonesia lapor Nabila, Emran dah bercerai
Media Indonesia lapor Nabila, Emran dah bercerai
Selangkah di hadapan dan lebih agresif, media Indonesia kini heboh mendakwa kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila sudah pun bercerai dengan suaminya, Engku Emran.
Berita tersebut tular dalam TikTok sehinggakan pengguna applikasi tersebut memuat naik laporan-laporan kes perceraian mereka.
Sebuah portal hiburan popular di negara seberang, TribunJatim.com melaporkan, pasangan tersebut dikhabarkan sudah bercerai dan menyifatkan Engku Emran yang merupakan seorang usahawan bukan orang atau lelaki sembarangan.
Artikel berkenaan dimuat naik dalam sebuah video TikTok akaun, Indonesia Today bersama keratan laporan yang dilaporkan media massa lain di negara yang cukup terkenal dengan kelantangan pengamal medianya.
“Sebenarnya, dia (Engku Emran) cari yang bagaimana sih?,” coret seseorang pada satu syot layar laporan berita dakwaan mengesahkan perceraian Noor Nabila dan Engku Emran.
Sementara itu, sebuah portal di sana, Harian Haluan menulis tajuk berita berbunyi, ‘Duh, Mantan Suami Laudya Cynthia Bella Cerai Lagi’ sepertinya sudah rasmi bahawa pasangan tersebut sudah membawa haluan masing-masing.
Perkongsian video terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana setakat ini, tiada laporan mengenai perkara itu keluar daripada media daripada Malaysia seperti perceraian antara mereka memang benar-benar sudah berlaku.
Terdahulu, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran menjadi tanda tanya ramai apabila wanita itu bertindak memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.
Lebih menguatkan spekulasi kepincangan perkahwinan mereka apabila Noor Nabila, 37, memuat naik beberapa perkongsian berupa petikan kata-kata tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri.
Malah, Noor Nabila turut memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai.
Sungguhpun begitu, Engku Emran dilihat masih setia masih menyimpan gambar perkahwinan dan gambar mereka berdua dalam akaun Instagramnya.
Untuk rekod, sebelum menikahi Noor Nabila tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella. K Online
Media Indonesia lapor Nabila, Emran dah bercerai
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib