Fikir Mati, Nora Danish Buat Wasiat Harta


Fikir Mati, Nora Danish Buat Wasiat Harta

Pelakon cantik Nora Danish mendedahkan dia mula diserang masalah anxiety sejak bulan Mac lalu.

Nora menyatakan dia tidak tahu punca utama namun katanya berkemungkinan disebabkan pertambahan usia.

Akui Nora, 40, dia sering berfikiran melampau sehinggakan timbul perasaan takut untuk menaiki kapal terbang.

Ya, saya memang ada masalah anxiety (kegelisahan melampau) sejak baru-baru ini. Masalah itu jugalah (anxiety) selalu membuatkan saya sering terfikir untuk mati dan jadi takut nak laluinya.

Bayangkan sampai tahap nak naik kapal terbang pun saya jadi takut dan fikir akan mati sampai boleh jadi anxiety.

Risaunya tu sampai tahap saya pernah call (hubungi) emak untuk jagakan anak-anak dan keluarga selain buat wasiat siap-siap pasal harta pusaka yang saya ada.

Nora berkata demikian ketika sidang media pelancaran filem Kan Cheong yang diadakan di GSC The Starling Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Selain Nora, filem yang sudah boleh ditonton di Astro First ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.

Bukan sebab netizen

Bagaimanapun, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif menidakkan masalah kegelisahan melampau itu disebabkan mulut lahar netizen.

Nak kata anxiety tu datang disebabkan faktor tekanan kerja tidak juga.

Disebabkan komen-komen negatif netizen pun tidak juga, sebab saya sendiri jenis tidak ambil tahu sangat pasal mereka.

Enggan melayan sikap sensitif dan beremosi, ibu kepada dua cahaya mata ini belajar mengawal diri agar tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan.

Saya tidak menjalani sebarang rawatan untuk berdepan dengan ‘anxiety’, sebaliknya saya belajar untuk mengawal diri menerusi perkongsian di media sosial. Saya perbanyakkan membaca kata-kata motivasi. OB

Fikir Mati, Nora Danish Buat Wasiat Harta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker