Doktor ibaratkan Ako Mustapha seperti nyawa-nyawa ikan

Doktor ibaratkan Ako Mustapha seperti nyawa-nyawa ikan

Pelakon Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat darah kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang, semalam.

Isterinya, Kartina Shuaib ketika dihubungi berkata, Ako kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

“Alhamdulillah, selepas doktor melakukan pemeriksaan akhir, Ako dibenarkan pulang sekitar jam 7 malam, semalam,” katanya.



Menceritakan detik cemas ketika Ako dikejarkan ke HKL pada 4 Ogos lalu, Kartina berkata, keadaan suaminya ketika itu kritikal dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyawa-nyawa ikan’.

Kartina bersyukur dapat membawa Ako segera ke hospital ketika itu.

“Selepas melihat keadaannya yang teruk, saya memang bercadang nak bawa dia ke hospital. Tak sangka pula selepas saya beri dia minum air dan sup, tiba-tiba dia muntah dan wajahnya mula senget.

“Saya terus hubungi ambulans dan Ako dibawa ke HKL. Bila sampai sana, Ako dimasukkan ke zon merah. Doktor juga maklumkan mujur saya bertindak cepat kerana ketika itu nyawanya sudah ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’,” katanya.



Menurut Kartina, ketika dibawa ke hospital, doktor masih belum dapat mengesan punca penyakitnya.

Namun, laporan ujian darah mendapati dia mengalami darah kotor atau toksik dalam badan sehingga tahap oksigennya menurun ke 40 peratus serta mengakibatkan gangguan pada saraf dan otot.

“Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bercakap, berjalan dan makan seperti biasa. Doakan semoga Ako diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” katanya.

Kartina berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada doktor di HKL kerana dapat mengesan penyakit suaminya dengan pantas.



“Selepas diberi rawatan kecemasan, dia sudah boleh buka mata dan bercakap,” katanya. HM

Doktor ibaratkan Ako Mustapha seperti nyawa-nyawa ikan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker