Pasir Salak , RM20 juta diperlukan – Syamsul

Pasir Salak , RM20 juta diperlukan – Syamsul

Pengarah dan penerbit tersohor, Syamsul Yusof, 38, tidak menolak meneruskan projek filem peninggalan seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Pasir Salak – King Of The River yang dirancang sejak 1993.

Namun, Syamsul berkata, dia perlu memilih kisah epik terbaik bersesuaian dengan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan, biarpun beberapa kerajaan negeri seperti Melaka, Terengganu dan Perak berminat bekerjasama dengannya menghasilkan filem epik mengenai pahlawan negeri.



“Sebenarnya, banyak negeri berminat bekerjasama, namun, masih dalam proses perbincangan. Seperti diketahui, kita mempunyai banyak pahlawan terbilang, jadi saya sedang memilih legenda mana yang terbaik dan bersesuaian dengan bajet.

“Saya mahu menghasilkan filem yang mampu mempertingkatkan kualiti dan mencabar kreativiti saya sebagai pengarah serta penulis. Untuk ini, ia memerlukan kos yang tinggi.

“Namun, saya tidak menafikan ramai meminta saya menghasilkan filem Datuk Maharajalela iaitu tokoh terkenal di Pasir Salak. Garis masa kisahnya juga 20 tahun sebelum Mat Kilau. Boleh dikatakan kisahnya agak relevan,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, dia sudah bertemu anak arwah Jins untuk meneruskan projek filem Pasir Salak, namun, tidak banyak yang boleh dikongsi memandangkan masih dalam proses perbincangan.



“Saya sudah berbincang dengan anak arwah Jins. Dia menghubungi saya meminta meneruskan filem Pasir Salak, saya fikir kenapa tidak? Ini kerana ia niat murni, memandangkan arwah sudah membuat kajian.

“Arwah juga pernah menerima dana, tetapi tidak mencukupi. Ekoran itu, projek berkenaan tergendala.

“Skrip asal dan ‘props’ seperti senjata sudah ada, cuma tinggal menyambung penggambaran sahaja,” katanya.

Bagi Syamsul, dia memerlukan bajet sekurang-kurang RM20 juta untuk menjayakan filem pahlawan Melayu Perak itu.



“Saya percaya bukan saya sahaja, malah, penonton juga mahukan filem dengan hasil kualiti yang lebih baik. Dan, semua ini memerlukan belanja besar.

“Untuk mencapai standard seperti filem Korea Selatan, kalau tanya saya, ia memerlukan RM20 juta.

“Sebab saya sudah buat kajian, banyak benda diperlukan seperti lensa sahaja sudah mahal. Kalau kerajaan beri RM10 juta pun saya boleh buat, tetapi agak sayang jika tidak buat sebaiknya.

“Mat Kilau bukanlah teruk, tetapi ia hanya memberikan kualiti lebih memuaskan. Cuba bayangkan kalau ia mempunyai bajet besar, pasti lebih bagus,” katanya.



Tambah Syamsul, untuk menghasilkan filem epik juga memerlukan masa panjang untuk tujuan penyelidikan.

Justeru, katanya, dia juga perlu menghasilkan filem genre lain dalam ketika dalam proses penyelidikan.

Terdahulu, media ada melaporkan kerajaan Terengganu sedia bekerjasama dengan Syamsul untuk pembikinan filem pahlawan Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh.

Syamsul berkongsi ketika ditemui pada Bicara Persada Ke-62 bertajuk Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.



Selain Syamsul, bicara itu menampilkan ahli panel seperti pengarah dan penerbit, Datuk Rosyam Nor dan Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, manakala Sayed Munawar Sayed Mod Mustar sebagai moderator.

Tajuk Mat Kilau Kebangkitan Palawan: Yang Tersurat dan Tersirat diangkat bagi mengupas isu hangat filem yang melakar sejarah dalam dunia perfileman sepanjang zaman apabila memperoleh kutipan mencecah RM96 juta. BH

Pasir Salak , RM20 juta diperlukan – Syamsul


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker